Menu:

Whats new ?

 
NOTA:

SEMANGAT INTERNET:
Setiap pengguna Internet seharusnya menjadi penyumbang kepada kandungan maklumat internet dan bukan hanya sebagai pengguna. Segala bentuk kerjasama yang wujud dalam berkongsi maklumat dan sumber yang terdapat dalam Internet adalah digalakkan.

Links:

arrow Link 1
arrow Link 2
arrow Link 3

 
Muka Surat 116

ill titleSENARAI MEL

◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
Di penghujung bab ini, anda akan mengetahui tentang:

◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦

Dalam Tapak 6, pembaca telah mempelajari bagaimana e-mail boleh digunakan untuk berkomunikasi bukan sahaja dengan seorang pengguna, tetapi juga dengan sekumpulan pengguna e-mail yang lain secara serentak.  Tapak ini akan membincangkan satu aplikasi Internet yang direka khusus untuk memudahkan perbincangan yang melibatkan ramai ahli melalui e-mail, iaitu senarai mel.  Dalam tapak ini pembaca akan didedahkan dengan pengetahuan menggunakan senarai mel serta teknik-teknik dan panduan bagi melibatkan diri dalam perbincangan elektronik.

6.1 Pengenalan

 Semasa kejadian gempa bumi di California dan letupan bom di Oklahama City, senarai mel dan kumpulan perbincangan USENET menjadi tumpuan utama pengguna Internet yang ingin mengetahui keadaan saudara-mara atau sahabat mereka yang bekerja atau tinggal di tempat berkenaan.  Inilah antara contoh kegunaan senarai mel.

Apakah Senarai Mel?

Senarai mel merupakan kumpulan perbincangan yang menggunakan e-mail untuk membincangkan sesuatu perkara yang khusus.  Oleh itu senarai mel boleh dianggap sebagai satu aplikasi perbincangan elektronik di dalam Internet.  Internet mempunyai banyak senarai mel dan setiap senarai ditubuhkan bagi membincangkan tentang sesuatu subjek yang khusus.  Dengan kata lain, setiap senarai mempunyai skop perbincangannya yang tersendiri.

 

<<Kembali
Muka Surat 116