Menu:

Whats new ?

 
More Info:

Links:

arrow Link 1
arrow Link 2
arrow Link 3

 

ill titlePengenalan

◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦
Di penghujung bab ini, anda akan mengetahui tentang:
• Falsafah, semangat, budaya dan etika Internet
• Apakah yang dikatakan Internet
• Ciri-ciri utama Internet
• Lebuh raya maklumat ◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦◦

Internet merupakan satu fenomena yang sangat unik. Ia sering dikatakan sebagai ciptaan terbaik abad ke 20. Mempelajari Internet bukanlah sesuatu yang mudah kerana Internet merangkumi aspek yang sangat luas. Usaha untuk mempelajari Internet sering ditumpukan kepada penguasaan aplikasi Internet tanpa memberi penekanan kepada penghayatan falsafah, semangat, budaya dan etika Internet. Sebenarnya penghayatan falsafah, semangat dan budaya Internet ini amat penting kerana ia boleh membantu membetuk sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi. Penghayatan etika Internet pula boleh menghasilkan penggunaan Internet yang lancer dan teratur. Oleh itu, adalah menjadi matlamat utama tapak ini untuk memberikan penekanan yang khusus kepada penghayatan falsafah, semangat, budaya dan etika Internet. Selain daripada itu, tapak ini juga akan membincangkan tentang topic asas yang berkaitan dengan Internet serta bagaimana penggunaannya boleh dilindungi.

 
Muka Surat 1